1.0 PENGENALAN
Bidang wacana merupakan satu bidang yang melibatkan penyelidikan dan tidak asing lagi dalam dunia tersebut. Sejarah wacana Bahasa Melayu di Malaysia lebih lewat berkembang berbanding di Barat dimana ianya bermula sekitar tahun 1980-an dengan adanya penyelidikan seperti artikel, disertasi dan buku.
Wacana dikatakan merupakan unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut melibatkan ayat, sejumlah ayat, ceraian, dialog, buku, siri buku dan sebagainya. Oleh sebab wacana ialah unit bahasa yang tertinggi, maka wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa. Perkataan wacana adalah padanan perkataan discourse dalam bahasa Inggeris. Perkataan discourse dalam Kamus Webster, 1983 : 522 bererti hubungan fikiran dengan kata-kata, ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan atau percakapan. Dengan adanya wacana, satu ayat dapat digabungkan dengan ayat yang lain dengan mempunyai koherensi dan kohesi yang berkesinambungan, yang mempunyai permulaan dan pengakhiran yang nyata. Wacana ini boleh disampaikan secara lisan dan tulisan.
AHLI BAHASA | TAKRIFAN |
Nik Safiah Karim (2008) | Wacana merupakan jalinan unit-unit bahasa yang tersusun rapi dan berkesinambungan bagi melahirkan kesatuan bahasa yang utuh. |
Asmah Haji Omar (1986) | Wacana adalah keseluruhan kelahiran bahasa oleh penutur atau penulis, iaitu sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang menyumbang ke arah menjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam berkomunikasi. |
Crystal (1992) | Wacana merupakan regangan bahasa yang berkesinambungan terutama dalam bahasa lisan yang lebih besar daripada ayat dan lazimnya akan membentuk satu unit yang berkesatuan seperti hujah atau cerita. |
Jadual 1: Takrifan wacana menurut tokoh-tokoh bahasa
Analisis wacana kritis (AWK) ini bermula sejak tahun 1990-an apabila munculnya tokoh-tokoh yang mahir dalam bidang ini seperti Teun Van Dijk, Ruth Wodak dan Norman Fairclough yang telah banyak memberikan sumbangan dalam bidang analisis wacana ini melalui penyelidikan dan penulisan. Pengkaji-pengkaji ini telah merangka kerja model dan pendekatan yang berbeza serta mencipta teori-teori yang masih digunakan dalam bidang analisis wacana sehingga kini.
Pendekatan wacana kritis (Fairclough, 1995) merupakan hubungan antara amalan sosiobudaya dengan suatu teks itu. Elemen ini merupakan perantara amalan wacana. Dalam hal ini, analisis wacana kritis memberikan perhatian terhadap cara suatu teks dihasilkan atau ditafsirkan. Pengkaji telah menggunakan Model Fairclough telah menghasilkan teori sosial bahasa yang menggabungkan metode analisis wacana berorientasikan linguistik dengan pemikiran sosial dan politik apabila terbitnya buku beliau Language and Power pada tahun 1989. Namun, pada mulanya kerangka teori itu dikenali sebagai critical language study (kajian bahasa kritis). Teori ini diperkemas lagi dalam bukunya Discourse and Social Chane (1992) dan kerangka teori tersebut kemudiannya dinamakan Critical Discourse (analisis wacana kritis) (Idris Aman, 2006:100).
Rajah 1: Pendekatan Analisis Wacana 3 Dimensi Fairclough
2.0 LATAR BELAKANG
Analisis wacana kritis (AWK) bukanlah perkara asing dalam analisis wacana kerana ia sangat terkenal dalam kalangan pengkaji. Menurut Weiss dan Wodak dalam Zaliza Zubir dan Rohizah Halim (2020), AWK telah bermula dalam kajian bidang retorik klasik, linguistik teks, sosiolinguistik, linguistik terapan dan pragmatik. AWK telah dibangunkan oleh beberapa orang ahli teori sosial, misalnya Foucault dan ahli bahasa sosial seperti Pecheux. AWK dikatakan bermula sejak tahun 1990-an yang telah melahirkan tokoh-tokoh berpengaruh dalam bidang ini seperti Teun Van Dijk, Ruth Wodak dan Norman Fairclough. Beberapa orang tokoh ini telah memberikan banyak sumbangan dalam bidang AWK menerusi penyelidikan dan penulisan.
Secara umumnya, pengkaji-pengkaji dalam bidang AWK mempunyai pendekatan dan kerangka kerja model yang berbeza antara satu sama lain. Perbezaan yang ketara antara pengkaji berkenaan adalah dari segi teori dan cara menganalisis wacana. Contohnya, pendekatan wacana kritis (Fairclough, 1995) merupakan pendekatan yang memberi tumpuan kepada hubungan antara amalan sosiobudaya dengan sesuatu teks. Pendekatan ini sebenarnya memberikan perhatian terhadap sesuatu teks yang dihasilkan atau ditafsirkan. Penggunaan teori dalam analisis amat signifikan untuk menentukan hala tuju sesebuah kajian. Dalam tugasan ini, pengkaji menggunakan AWK model Fairclough yang menumpukan kepada analisis kandungan wacana dari segi penyebaran dan penggunaan serta implikasi sosial.
Genre komik merupakan salah satu genre yang paling terkenal. Kini, perubahan zaman banyak mengubah bentuk persembahan yang diketengahkan dalam komik. Secara umumnya, komik ialah bahan yang berbentuk gambar-gambar dan lambang-lambang tertentu mengikut urutan penceritaan. Lazimnya, penggunaan komik adalah untuk memberikan informasi atau memberikan pembaca tanggapan yang estetik dan berimaginasi. Komik juga disebut sebagai sastera gambar yang memaparkan bentuk komunikasi visual. Komik bukan sahaja digunakan untuk menyampaikan informasi, malah lebih mudah difahami oleh pembaca, memandangkan wujudnya gambar yang berkaitan dengan bahan bacaan. Hal ini bermaksud, dalam komik, gabungan antara gambar dan teks ialah asas penting untuk membentuk penceritaan yang menarik.
Pembaca komik secara puratanya adalah individu yang berumur 15 hingga 25 tahun. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa adanya pencinta komik dalam kalangan individu 40-an. Kini, komik dikatakan memiliki banyak kegunaan kepada manusia, misalnya untuk tujuan perniagaan, pembelajaran, melestarikan budaya tempatan dan sebagai media. Secara amnya, tema dalam sesebuah komik memenuhi ruang lingkup kehidupan manusia. Pada zaman yang semakin canggih, komik telah menunjukkan perubahan kerana kini sudah wujud komik berbentuk digital untuk memudahkan pembaca mengaksesnya. Contohnya berbentuk aksi, komedi, pengembaraan, dan misteri.
Dalam tugasan ini, komik yang dipilih bertajuk Takaza. Komik Takaza ini dilukis oleh Sitrahaslee dan diterbitkan oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Komik ini diterbitkan pada 20 Ogos 2009. Komik ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Syah yang merupakan seorang kongsi gelap yang ditabalkan sebagai seorang kongsi gelap lagenda yang ingin berubah kerana mahu menunaikan wasiat terakhir abangnya yang juga seorang kongsi gelap lagenda. Kongsi gelap lagenda merupakan 7 orang yang amat di segani oleh semua kumpulan kongsi gelap kerana kehebatan mereka melepasi "pelepasan maut". Perubahan Syah yang merupakan salah seorang kongsi gelap lagenda itu menyebabkan seluruh kongsi gelap tertanya-tanya. Polis yang mengetahui perubhan Syah akhirnya ingin meminta pertolongan Syah dalam menyelesaikan perberontakan kumpulan kongsi gelap yang semakin berleluasa yang polis sendiri tidak dapat menyelesaikannya melainkan dengan kekuatan Syah yang merupakan kongsi gelap lagenda.
3.0 PENERANGAN
AMALAN WACANA KRITIS
Analisis Wacana Kritis (AWK) merupakan satu pendekatan yang boleh
digunakan dalam menganalisis fenomena sosial yang berlaku di dunia ini. AWK ini
umumnya digunakan untuk menganalisis teks media tetapi juga dapat dilakukan
untuk menganalisis video iklan. Analisis wacana kritis ini memerlukan sebuah
pendekatan yang mempunyai pelbagai kaedah untuk mendapatkan sesuatu hasil. Van
Djik (2003) menyatakan bahawa Analisis Wacana Kritis ini merupakan cadangan
kajian yang memberi fokus kepada bagaimana penyalahgunaan kuasa, dominasi dan
ketidaksetaraan berlaku dalam konteks sosial dan juga politik. Namun begitu
menurut Renkema (2:1) mendefinisikan sebagai satu disiplin ilmu yang
mempelajari hubungan antara bentuk dan fungsi dalam bentuk komunikasi verbal
iaitu (baik lisan mahupun tulisan). Hal ini dapat menunjukkan bahawa adanya
hubungan antara wacana dan perkembangan sosial dan budaya secara serentak.
Menurut Fairclough (1989:22), menyebut pemahamannya tentang bahasa dengan
istilah discourse atau wacana. Konsep wacana menurut beliau adalah “praktik
sosial” yang memiliki 3 implikasi iaitu sebahagian dari masyarakat, proses
sosial dan berproses dan berkembang.
Melalui pendekatan
Fairclough (1995) ini, ianya menjelaskan bahawa tujuan Analisis Wacana Kritis
dilakukan secara sistematik, meneroka hubungan dengan hubungan , amalan
diskursif, peristiwa dan teks, serta menentukan struktur sosial dan budaya
dengan lebih meluas, hubungan dan proses penghasilan teks tersebut. Selain itu,
Fairclough (1995:23) memandang AWK ini sebagai penyatuan analisis teks,
analisis proses produksi, distribusi dan konsumsi teks serta analisis
sosiokultural dari praktik diskursif. Penggunaan AWK dalam kajian kami ini
adalah untuk memperlihatkan konteks sosial kepada masyarakat. Melalui pendekatan
wacana kritis dari Fairclough (1995) ini, adanya hubungan antara amalan
sosiobudaya dengan suatu teks itu. Elemen tersebut menjadi satu perantara
amalan wacana, AWK ini memberi perhatian terhadap cara suatu teks ini
dihasilkan atau ditafsirkan. Hubungan teks dengan amalan sosiobudaya hadir
melalui perantaraan amalan wacana. Dalam menghuraikan dan menjelaskan aspek
proses berlakunya sosial yang tertanam dalam wacana, adanya beberapa penggunaan
konsep wacana seperti wacana tiga dimensi dan menghubungkaitkan dengan kaedah
analisis wacana secara bersama. Tiga dimensi yang digunakan tersebut adalah :
(i) teks dan wacana, secara
lisan atau tulisan,
(ii) amalan wacana menjurus kepada aspek penghasilan teks dan
penginterpretasian teks,
(iii) amalan sosiobudaya (Fairclough, 1995).
4.0 PENYEBARAN
DAN PENGGUNAAN DALAM ANALISIS WACANA KRITIS BERDASARKAN MODEL FAIRCLOUGH
4.1 PENYEBARAN WACANA DALAM KOMIK TAKAZA
Analisis penyebaran wacana adalah usaha mentafsir cara wacana
disebar-luaskan dan siapa sasarannya. Pada era multimedia dan teknologi canggih
kini, wacana seseorang atau institusi boleh disebar meluas dengan pelbagai cara
dan lebih berkesan serta kepada lebih banyak khalayak. Maknanya, kini soal
kesampaian wacana kepada sasaran bukan soal getir lagi.
Pengkaji telah memilih komik yang menceritakan
mengenai keagamaan yang bertajuk “Takaza”. Komik ini dianalisis menggunakan
wacana. Berdasarkan komik tersebut, terdapat unsur dimensi amalan wacana iaitu
penyebaran. Komik ini mempunyai fokus utama iaitu menyebarkan kepada masyarakat
tentang agama dan amalan tanggungjawab terhadap keluarga walau dalam apa jua
situasi. Oleh itu, komik ini bertepatan dengan Model Fairclough kerana ianya
disebarkan kepada khalayak umum.
Komik bukan fiksyen yang bertajuk “Takaza” mengisahkan
seorang lagenda kongsi gelap yang mempunyai latar belakang keluarga yang
menyedihkan. Namun, Reo yang merupakan lagenda kongsi gelap ingin bertaubat dan
Kembali kepada landasan agama yang sebenar. Komik ini menarik perhatian pembaca
dengan memasukkan unsur keagamaan dan amat memberi kesan yang mendalam dalam
hati pembaca. Penyampaiannya juga jelas dan menghiburkan. Ia memperlihatkan
perubahan diri seorang ahli kongsi gelap yang bersungguh-sungguh ingin berubah
menjadi manusia yang berguna dan berubah dari dosa atau kesilapan lampau.
Selain itu, dalam komik ini juga menjelaskan mengenai pengorbanan dalam
keluarga untuk meneruskan kehidupan. Contohnya, berusaha mencari makanan untuk
adik beradik yang sedang kelaparan dan berhadapan dengan hidup dan mati kerana
tidak mempunyai makanan walau sedikit pun. Contoh maklumat dan info yang
disebarkan oleh komik tersebut kepada khalayak umum boleh dilihat dalam petikan
ayat di bawah:
Contoh 1:
A.38
|
Abang tidak akan mengalah, abang akan buat
kamu berdua bahagia.
|
A.49
|
Jadi, aku akan tunjukkan kau
"kehidupan" yang dapat buat kau tersenyum.
|
A.51
|
Aku mahu jadi lebih kuat, aku mahu ubah nasib
aku dan adik aku!
|
Contoh 2:
A.26
|
Sekiranya seseorang itu melakukan
kesilapan... dia hanya perlu berubah
|
A.82
|
Tetapi manusia yang berubah daripada
kegelapan kepada cahaya lebih menguntungkan ramai orang... kerana kebaikan
yang ada pada dirinya.
|
A.85
|
Sebagai muslim kita jangan salahkan orang
lain. Jangan suka buat orang marah. Ingat, kita muliakan muslim yang lain
juga.
|
Berdasarkan contoh 1 dan 2 di atas, pengisian komik tersebut telah
menunjukkan contoh penggunaan ayat atau wacana dalam bentuk dialog. Hal ini
dikatakan demikian kerana, komik tersebut memberikan maklumat dan info kepada
pembaca. Ayat dialog dalam contoh 1 di atas memperlihatkan pengorbanan seorang
abang untuk membantu keluarga kecilnya dalam kesusahan. Reo telah berlari-lari,
menjerit dan meminta tolong untuk mendapatkan bekalan makanan setelah melihat
adiknya yang semakin tidak berupaya dan kehabisan tenaga. Seterusnya, petikan
teks dalam contoh 2 pula menjelaskan perbualan Fadhlan dengan Reo. Fadhlan
merupakan seorang ustaz dan Reo ialah ahli kongsi gelap, Fadhlan berusaha untuk
memberi kesedaran kepada Reo dengan mengatakan seperti dalam ayat 26, 82 dan ayat
85. Di sini, pengkaji memahami dengan jelas maksud yang disampaikan berdasarkan
komik ini iaitu kita tidak boleh memandang rendah dan berburuk sangka terhadap
orang lain kerana manusia mampu berubah pada bila-bila masa apabila tiba
waktunya.
Selain itu, dari segi penggunaan warna latar,
konsep dan watak-watak yang tak mengira usia turut diperlihatkan. Watak-watak
terdiri daripada usia yang berbeza seperti dewasa, remaja, bayi. Watak-watak
ini juga mempunyai karakter yang tersendiri dan berbeza, seperti karakter
jahat, baik, dan lemah iman. Watak-watak ini menggunakan bahasa ibunda yang
mudah difahami oleh pembaca. Ada juga unsur yang menunjukkan beberapa intonasi
seperti marah, kecewa, sedih dan sebagainya yang mampu mempengaruhi emosi
pembaca. Tambahan pula, penggunaan jenis “font” yang sesuai dapat memudahkan
pembaca untuk membaca dan memahami kandungan komik tersebut. Jelaslah bahawa,
warna latar, konsep, bahasa, dan jenis font mempengaruhi minat khalayak supaya
tertarik untuk membaca komik ini.
4.2 PENGGUNAAN WACANA DALAM KOMIK TAKAZA
Pengkaji telah memilih komik “Takaza” karya Sitrahaslee sebagai
bahan untuk dianalisis dari segi penggunaan dalam konteks Model Norman
Fairclough mengikut dimensi amalan sosial. Menurut Fairclough, analisis wacana
kritisnya itu sebaik-baiknya merupakan satu usaha yang merentas aspek disiplin.
Oleh itu, dalam bahagian ini hubungkait antara antara teks dengan masyarakat
pengguna teks dilakukan bagi mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan sesuatu
wacana ini digunakan dalam masyarakat. Menurut Idris Aman (2023), wacana
dihasilkan atas sebab atau tujuan tertentu. Beliau berkata lagi, analisis
penggunaan wacana dalam soal amalan kewacanaan adalah usaha interpretasi secara
umum akan gunanya wacana berkenaan kepada khalayak atau addressee,
kepada wacana sendiri, animator, dan lingkaran kegunaan di kalangan mereka,
serta hearer dan overhearer jika ada.
Hal ini dapat dilihat melalui lingkaran yang
ditujukan kepada masyarakat bahawa pentingnya tanggungjawab dalam keluarga. Tanggungjawab
ialah peranan yang harus dilakukan oleh setiap individu terhadap keluarganya
untuk memastikan maruah keluarga terjaga. Selain itu, penggunaan wacana dalam
aspek penggunaan dapat dilihat dalam komik “Takaza” semasa pewacana menggunakan
wacana untuk menerangkan seorang lelaki yang bernama Syah seorang kongsi gelap
yang di tabalkan sebagai seorang kongsi gelap lagenda yang ingin berubah kerana
mahu menunaikan wasiat terakhir abangnya yang juga seorang kongsi gelap
lagenda. Perubahan Syah yang merupakan salah seorang kongsi gelap lagenda itu
menyebabkan seluruh kongsi gelap tertanya-tanya dan ingin meminta pertolongan
Syah dalam menyelesaikan pemberontakan kumpulan kongsi gelap yang semakin
berleluasa.
Tambahan pula, interdiskursiviti boleh meneliti
orang yang menghasilkan wacana, orang di belakangnya dan tujuannya. Terdapat
beberapa jenis wacana yang terkandung dalam interdiskutiviti ini seperti wacana
jenis laporan, penerangan, hujahan dan ekspresi. Namun, dalam analisis komik
“Takaza” ini, hanya beberapa jenis wacana sahaja yang sesuai dipraktikkan
sebagai amalan wacana yang bersesuaian dengan isi kandungan atau idea yang
disampaikan melalui komik ini untuk dipertontonkan kepada masyarakat. Hal ini
dapat dilihat melalui contoh ayat di bawah yang diambil melalui perbualan watak
dalam komik tersebut:
A.89
|
Aku mesti selamatkan adik-beradik aku!
|
A.90
|
Abang akan bawakan makanan!
|
A.91
|
Abang tidak akan mengalah, abang akan buat
kamu berdua bahagia.
|
Berdasarkan ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa A.91 yang
diambil melalui perbualan watak-watak dalam komik tersebut yang memaparkan
penggunaan wacana jenis penerangan. Wacana ini merupakan satu pemerihalan atau
pendedahan kepada sesuatu maklumat secara terperinci dan lebih mendalam. A.91
menunjukkan bahawa watak Reo memberi penerangan atau pemberitahuan kepada
adik-beradiknya iaitu Syah dan adik bongsunya bahawa dia tidak akan mudah
mengalah dan mencuba sehabis mungkin asalkan mereka bahagia dan tidak berasa
susah. Manakala A.89 memaparkan penggunaan wacana ekspresi. Wacana jenis
ekspresi ini merupakan wacana yang mempunyai perkaitan dengan aspek perluasan
hasrat dan juga idea-idea. Hal ini bermaksud wacana ini lebih menonjolkan idea
atau hasrat dalam menyampaikan jalan cerita komik ini sehingga menunjukkan
aspek-aspek ekspresi setiap perbualan watak. Melalui contoh ini, Reo berasa
bertanggungjawab terhadap hal keluarganya kerana dia menjaga adik-beradiknya
dengan baik walaupun terpaksa mengorbankan nyawanya. Melalui intonasi yang
tinggi melalui watak Reo tersebut supaya penonton dapat memahami dan merasakan
ekspresi yang ditunjukkan.
5.0
PERBINCANGAN IMPLIKASI SOSIAL ANALISIS WACANA KRITIS
Menurut
Zaliza Zubir & Rohizah Halim (2020), analisis wacana kritis dicirikan
sebagai campuran disiplin dan bukan disiplin dalam menjalankan kajian. Menurut
Van Dijk (2009) dalam kajian Zaliza Zubir et al. (2020), menegaskan bahawa
analisis wacana kritis merupakan gabungan teori dan aplikasi kritis dan
menghasilkan kajian wacana kritis.Wodak & Meyer (2009) juga turut
menegaskan bahawa analisis wacana kritis mempunyai beberapa matlamat iaitu AWK
dianggap sebagai penyelidikan sosial kerana kajian kritisnya berkaitan dengan
masalah sosial dan pemahaman tentang hak asasi manusia, ketidaksamaan sosial,
penyalahgunaan kuasa dalam domain seperti perkauman, kelas sosial, jantina dan
sebagainya. Selain itu, analisis wacana kritis juga dikatakan berminat dengan
isu-isu penindasan dan penguasaan kelompok tertentu kepada kelompok atau orang
yang menjadi sasaran ketidakadilan. Jelaslah menunjukkan bahawa analisis wacana
kritis berfungsi sebagai satu kaedah analisis dalam mengungkap ideologi
tersembunyi dan meneliti keberadaan kekuasaan dalam penyelidikan wacana. Oleh
itu, kajian yang dilakukan ini menggunakan teori wacana sosial yang digagaskan
oleh Norman Fairclough untuk digunakan dalam kajian analisis wacana kritis
untuk memperlihatkan ideologi yang tersembunyi melalui tiga iklan hari raya
yang dikaji.
5.1 MANUSIA MASIH ADA PELUANG UNTUK BERUBAH
Berdasarkan
wacana yang dikaji iaitu komik yang bertajuk Takaza mendapati bahawa setiap
manusia mempunyai masa dan peluang untuk berubah kepada ke arah kebaikan.
Walaupun seseorang itu melakukan kejahatan atau keburukan pada diri sendiri
atau orang lain, mereka berhak diberi peluang untuk mereka berubah menjadi
orang yang baik. Contoh yang dapat dilihat daripada komik Takaza, watak utama
iaitu Reo dan Syah adalah seorang bekas kongsi gelap yang paling dikehendaki
oleh polis dan geng samseng yang lain. Mereka sering melakukan kejahatan
seperti membunuh, bergaduh antara geng samseng lain untuk merampas tempat.
Walaupun mereka melakukan kejahatan yang banyak, tetapi mereka masih mempunyai
peluang dan mahu berubah ke arah kebaikan. Reo sebelum meninggal sempat
bertaubat dan meninggalkan dunia kongsi gelap serta tidak akan sesekali kembali
kepada dunia gelap tersebut. Sepanjang perjalanan Reo ingin bertaubat, dia
menghadapi pelbagai ujian dan cabaran seperti dikejar oleh samseng lain supaya
Reo dibunuh. Reo akhirnya dibunuh oleh Johnny iaitu ketua kongsi gelap Reo. Reo
sempat meninggalkan dunia gelap tersebut dan bertaubat kepada Allah serta
mengenal Tuhan dengan lebih mendalam. Syah adalah adik kepada Reo juga
meninggalkan dunia kongsi gelap dan menuju kepada keagamaan. Syah meneruskan
kehidupan dengan melakukan kebaikan seperti pergi ke surau, berkawan dengan
orang-orang baik. Oleh itu, dapat dilihat bahawa setiap manusia berhak diberi
peluang kedua untuk berubah dan kita tidak seharusnya memandang serong kepada manusia
yang melakukan kejahatan.
5.2
JANGAN MUDAH TERPEDAYA DAN TERTIPU DENGAN ORANG LAIN
Berdasarkan
komik yang dikaji, pengkaji telah mendapati bahawa kita jangan mudah terpedaya
dan tertipu dengan orang lain. Melalui komik yang dikaji, watak Ayu yang telah
tertipu dengan kekasihnya sendiri sehinggakan dia sanggup mengadaikan tubuhnya
untuk kekasihnya. Kesannya sangat membahayakan dan memudaratkan diri sendiri.
Contohnya, Ayu telah membuat keputusan yang salah dengan membunuh diri sendiri
dengan cara menerjun bangunan akibat telah ditipu oleh kekasihnya sendiri.
Berdasarkan komik ini kita dapat mengambil pengajaran bahawa kita haruslah
berhati-hati dan tidak mudah untuk percaya dengan orang sekeliling walaupun
orang yang kita kenali. Selain itu juga, kita janganlah membuat tindakan yang
diluar kawalan seperti yang dilakukan oleh Ayu menerjun bangunan. Walaupun
masalah yang dihadapi sangat sukar tetapi kita mestilah berpegang kepada agama
dan tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Allah. Jelaslah bahawa, komik
ini memberi kesan sosial kepada masyarakat supaya berhati-hati dan berjaga-jaga
dengan orang yang rapat dan kenalan kita.
5.3
BIJAK DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN
Berdasarkan
komik yang dikaji, pengkaji telah mendapati bahawa kita perlulah bijak dalam
membuat dan mengambil keputusan dalam sesuatu perkara. Melalui komik yang
digunakan watak Reo menunjukkan dia telah membuat keputusan yang kurang baik
dalam hidupnya. Ini kerana Reo telah memilih jalan untuk masuk ke dunia kongsi
gelap. Jalan yang dipilih itu membuatkan hidupnya tidak tenang dan selalu
menimbulkan pergaduhan sehinggakan menyebabkan kematian antara satu sama lain.
Keputusan yang Reo lakukan kerana dia terdesak dan harus teruskan kehidupannya
untuk menyara adik-adiknya. Oleh itu, melalui kisah ini, dapat disimpulkan
bahawa walapun kita susah dan terdesak sekali pun janganlah kita memilih
keputusan yang salah sehinggan menyebabkan kesusahan kepada diri sendiri.
Keputusan yang dibuat mestilah bijak dan mengikut akal fikiran. Janganlah kita
mengikut hawa nafsu kerana akan menyebabkan masalah pada diri sendiri. Secara
jelasnya, daripada komik ini kita dapat belajar bahawa kita mestilah bijak
dalam membuat keputusan dan janganlah terburu-buru supaya keputusan yang kita
ambil tidak membawa padah kepada diri sendiri.
6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, wacana merupakan bidang yang tertinggi dalam tingkat
tatabahasa, melebihi batas ayat. Wacana lazimnya bukan sahaja dikaitkan dengan
ujaran lisan antara penutur dengan pendengar, malah melibatkan tulisan, iaitu
hubungan penulis dengan pembaca. Hal ini bermaksud, setiap interaksi yang
dijalinkan secara dua hala secara langsung dikaitkan dengan wacana. Wacana juga
merupakan sebuah bidang kajian yang sangat popular, terutama di negara barat
sehingga lahirnya tokoh dalam bidang wacana seperti Teun Van Dijk, Ruth Wodak
dan Norman Fairclough. Kajian wacana ini juga dikatakan sangat kompleks,
memandangkan ia banyak berkait dengan beberapa bidang bahasa lain, baik mikro
mahupun makro.
Pendekatan atau
model yang diperkenalkan dalam wacana sebenarnya menjadi hala tuju dan panduan
kepada pengkaji untuk melaksanakan kajian. Tidak dinafikan, pendekatan dalam
wacana mempunyai perbezaan antara satu sama lain disebabkan motifnya yang
berbeza. Dalam wacana, penggunaan teori amat signifikan untuk mengenal pasti
unsur yang terkandung dalam sesebuah genre, misalnya genre komik. Penggunaan
model Fairclough dalam kajian ini sememangnya amat memudahkan pengkaji untuk
mengaitkan genre yang dipilih dengan aspek sosial dalam komik Takaza.
Diharapkan kajian yang dilakukan ini dapat memberikan panduan dan manfaat
kepada pembaca serta pengkaji yang seterusnya.